Saturday, 15 June 2013

Persediaan Bahasa Melayu UPSR 2015



Layarilah laman web berikut sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan Bahasa Malaysia UPSR 2015 ...
semoga berjaya dengan keputusan cemerlang ...



Latihan tatabahasa









Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’

Kata pemeri ialah hendaklah diikuti oleh kata nama, frasa nama atau kata komplemen.
Ayat contoh
1.     Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Tuan Hj. Rashid bin Sulaiman.
Selain itu, kata pemeri ialah boleh diikuti oleh kata yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat contoh
2.    Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca buku cerita.

Kata pemeri adalah hendaklah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama.
Ayat contoh:
3.    Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi dalam kes itu adalah benar.
4.    Tarikh perkahwinan kakak saya adalah pada 7 Julai 2013.
5.    Kursus ini adalah untuk guru-guru yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.

Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
Ayat contoh:
6(a). Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(a). Permohonannya adalah bergantung pada keputusan ahli majlis.

Ayat yang betul ialah:
6(b). Dimaklumkan bahawa mesyuarat itu dibatalkan.
7(b). Permohonannya bergantung pada keputusan ahli majlis.

Bahagian A : Bina 5 ayat



Bahagian B : Karangan










Karangan Jenis Cerita Tindakan

Pada suatu petang, aku membaca buku di dalam bilikku. Ketika aku asyik membaca , aku terdengar bunyi yang mencurigakan dari arah rumah jiranku. Aku segera bangun. Aku ternampak....
Mulakan karangan anda dengan ‘Aku ternampak....’
 nampak pencuri di rumah jiran yang tiada di rumah
 mengintai melalui jendela
 ternampak dua orang pencuri
 terus memerhati gerak-geri pencuri pencuri masuk melalui tingkap
 telefon polis - laporkan kejadian
 telefon ibu bapa saya
 polis tiba kepung rumah berjaya menangkap pencuri
 polis ucap terima kasih
 ibu bapa tiba berasa bangga

Bahagian C : Nilai murni / ulasan




Panduan guru dan murid












No comments:

Post a Comment